Terimalah MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua
ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?
Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika
dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah
dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri
masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi
jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma
semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf.
Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada
ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat
menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih
cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah,
dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya
hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua,
tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika
kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman,
boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego
(takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa
dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada
cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada
tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling
membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon
takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri,
aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan
cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang
isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.
Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam.
Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar.
Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya
satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit
didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur
berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja
disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak
sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata
dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon
kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di
hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau
tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa
sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau
keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam
ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah
memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi
muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada
keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah
(house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga
(home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.
Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada
kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di
rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi
belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah
antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang
perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu
akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan
madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan
kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi
memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada
lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah
terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati
bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui
hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang
wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan
kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan
ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula
cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.
Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu
akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian,
tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada
di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang
menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun
fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih
tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati
masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka
menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku.
Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu
mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba
ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama
ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih
dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah
sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan
Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi
tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa
yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah
arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya
mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar
tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada
isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi.
Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan
martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta
maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila
terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia
sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah
satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran
walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran
ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang
takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam
pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang,
siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan
berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan
begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala.
Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang
pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal,
berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati,
Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi
diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita
dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia
menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi
rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti
ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan
luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMIKadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!
0 komentar:
Post a Comment